Home Pertahanan dan Keselamatan MYSA agensi pertama guna dron tinjau kualiti ruang udara negara

MYSA agensi pertama guna dron tinjau kualiti ruang udara negara

A+A-
Reset

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merupakan agensi pertama dalam kerajaan yang menggunakan sistem dron bagi meninjau kualiti pencemaran udara.

Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA, Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak Sipit berkata, teknologi dron yang digunapakai dalam siri tinjaun ini boleh mengesan sebanyak 15 jenis gas di ruang udara.

Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA, Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak Sipit

“MYSA menginginkan perkara baharu dalam penggunaan teknologi dron yang mampu mengesan pelbagai jenis gas-gas yang terdapat di ruang udara negara.

“Jadi, kita mendapati ada satu pesawat yang boleh digunakan dengan konsep tersebut dan kita telah membuat perolehan serta mengadakan tinjauan dan menganalisis menggunakan dron bersama konsep yang sama bagi mendapatkan kualiti ruang udara yang lebih jelas,” katanya.

Bacaan dari penderia di UAV akan dipaparkan pada skrin bagi memberikan gambaran semasa pencemaran udara. Foto: Air Times/Zulhaizi

Selain itu, MYSA dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai telah mengadakan beberapa tinjaun dengan menggunakan teknologi dron baharu yang dibangunkan bersama menerusi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pakar Kimia UTM Skudai, Dr Faizuan Abdullah berkata, hasil yang diperoleh menerusi kerjasama ini adalah dapat menghasilkan satu inisiatif baru bagi mengesan dan memaparkan kualiti udara secara terus di dalam peta yang dikeluarkan.

Pakar Kimia UTM Skudai, Dr Faizuan Abdullah

“Hari ini beberapa siri pemantauan udara telah dibuat di beberapa kawasan menggunakan dron yang telah dilengkapi dengan sensor parameter kualiti udara seperti ozon dan SO2.

“Dengan kelengkapan yang ada ini, jumlah kadar kepekatan boleh dikeluarkan secara langsung menerusi paparan skrin bagi menunjukkan kadar kualiti udara di kawasan yang dianalisis dengan penerbangan dron,” ujar beliau.

 

Leave a Reply