Home Pertahanan dan Keselamatan ATM sedia galas tugas jika misi bawa rakyat Palestin ke Malaysia masih diteruskan

ATM sedia galas tugas jika misi bawa rakyat Palestin ke Malaysia masih diteruskan

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 10 SEPT – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggalas tugas sekali lagi sekiranya misi membawa rakyat Palestin ke Malaysia diteruskan pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, pihak ATM terutamanya perkhidmatan kesihatan sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya program ini diteruskan.

“Apa yang boleh saya nyatakan ialah kita bukan sahaja bersedia dari segi psikologi, tetapi dari segi keupayaan dan kepakaran perawatan yang diperlukan.

“Bagi saya, kami berada pada tahap yang boleh dikatakan mampu untuk melaksanakan segala perawatan yang perlu dibuat bagi memulih atau membeli perawatan kepada pesakit-pesakit terutama daripada Palestin.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini pada Selasa.

Selain itu, Zulkeffeli turut menambah bahawa rawatan yang diberikan kepada rakyat Palestin yang cedera berjalan dengan lancar.

“Daripada bantuan yang diberikan, kita dapat dapat mengenalpasti dan seterusnya melaksanakan perawatan dengan sebaik mungkin manakala semuanya berjalan dengan lancar untuk setakat ini. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Palestin

Related Articles

Leave a Reply