Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, Turkiye fokus kerjasama ketenteraan bidang sains, teknologi dan industri pertahanan

Malaysia, Turkiye fokus kerjasama ketenteraan bidang sains, teknologi dan industri pertahanan

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk memfokuskan kerjasama pertahanan yang produktif dan mengesahkan komitmen dalam kerjasama ketenteraan.

Perkara itu dicapai dalam perbincangan antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan Turkiye, Tuan Yang Terutama (TYT), Yasar Guler.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, kerjasama itu merangkumi bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.

“Antara persetujuan dicapai kedua-dua negara adalah mengukuh dan memperluaskan kerjasama pertahanan dua hala melalui Memorandum Persefahaman (MoU) baharu yang akan bertindak sebagai penaung bagi memudahkan kedua-dua kementerian dan angkatan tentera dalam pelbagai konteks kerjasama,

“Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mempercepatkan keterapan MoU baharu menjelang akhir tahun ini,

“Kedua-dua negara turut meneroka peluang baharu untuk bekerjasama dalam tahap kebolehoperasian dan ketersediaan kedua-dua angkatan tentera dalam semua domain darat, laut, udara, siber, AI dan perkongsian risikan,” jelas MINDEF sempena Lawatan Balas Menteri Pertahanan Turkiye di bangunan Kementerian Pertahanan, hari ini.

Jelas MINDEF, ia adalah lawatan balas oleh Guler setelah lawatan rasmi pertama Mohamed Khaled ke Angkara pada 11 Jun lalu, selain memperkukuhkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin sejak 1985.

Tambahnya, lawatan rasmi Guler juga mencerminkan ikatan pertahanan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara dengan menunjukkan Perkongsian Boleh Dipercayai yang ditakrifkan oleh Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara dalam Kertas Putih Pertahanan Malaysia (DWP).-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #Malaysia #Turkiye #kerjasama

Leave a Reply