Home Pertahanan dan Keselamatan Bot hanyut 8 hari, 30 PATI Indonesia ditahan cuba masuk Malaysia

Bot hanyut 8 hari, 30 PATI Indonesia ditahan cuba masuk Malaysia

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Tindakan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menyusup masuk ke negara ini gagal selepas berjaya ditahan pihak polis di kedudukan 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari, Manjung pada Ahad.

Dalam operasi sekitar jam 8.34 malam itu, sekumpulan PATI yang terdiri daripada 24 lelaki dan 5 wanita berusia antara 19 hingga 55 tahun itu ditahan ketika menyembunyikan diri dalam sebuah bot kayu jenis pom-pom.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan mendapati, bot terbabit mengalami kerosakan menyebabkannya hanyut terumbang-ambing selama lebih 8 hari.

“Penahanan dilakukan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Sitiawan selepas mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan,

“Pemeriksaan dilakukan ke atas bot kemudiannya mengesan seorang tekong bot, 29 warga Indonesia yang disyaki cuba masuk ke negara ini tanpa sebarang pas perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hasil siasatan awal, beliau berkata, kesemua PATI berkumpul di suatu kawasan dipercayai di sekitar Sabak Bernam sebelum menaiki bot tersebut pada 3 Ogos lalu.

“Bot itu bagaimanapun mengalami kerosakan dan hanyut di perairan sehinggalah berjaya dikesan Polis Marin,

“Kesemua tangkapan dan rampasan barang kes telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 26A Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#keselamatan #PATI #Malaysia #Indonesia #airtimes

Leave a Reply