Home Pertahanan dan Keselamatan SEAEX THAMAL: Malaysia – Thailand laksana latihan bersama perkasa kerjasama maritim

SEAEX THAMAL: Malaysia – Thailand laksana latihan bersama perkasa kerjasama maritim

by Nurulhuda

PHUKET, 23 Jun – Kerjasama dalam aspek keselamatan maritim antara agensi penguatkuasaan Malaysia – Thailand diteruskan apabila masing-masing bergabung melalui Eksesais SEAEX THAMAL 69/24.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan, eksesais yang dilaksanakan di Phuket, Thailand pada 10 hingga 15 Jun itu melibatkan KM DANGA dari APMM; KD LAKSAMANA TAN PUSMAH dan KD MAHAMIRU milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kapal PA 50 dari Pasukan Polis Marin (PPM) serta aset laut dari Royal Thai Navy.

“Seramai 23 orang termasuk pegawai dan anggota KM Danga, A Negeri Selangor telah terlibat dalam Eksesais SEAEX THAMAL,

“Eksesais ini merupakan kerjasama kerajaan Malaysia dan Thailand yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara dua Negara menerusi latihan yang dilaksanakan di laut,” jelas APMM dalam hantaran Facebooknya, semalam.

Upacara majlis perasmian telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony, di 3rd Thai Naval Command Base.

Tambah pihak APMM, antara pengisian eksesais adalah melibatkan Table Top, Damage Control Fire Fighting (DCFF) dan Visit Boarding Search and Seizure (VBSS).-airtimes.my

#keselamatan #Malaysia #Thailand #APMM #TLDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply