Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
DSA 2024: MINDEF meterai 40 perjanjian berjumlah RM7.3 bilion – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2024: MINDEF meterai 40 perjanjian berjumlah RM7.3 bilion

DSA 2024: MINDEF meterai 40 perjanjian berjumlah RM7.3 bilion

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menandatangani 40 memorandum persefahaman (MoU), surat setuju terima (SST), surat niat (LOI) dan kontrak yang keseluruhannya bernilai RM7.3 bilion hari ini.

Semua perjanjian itu dimeterai pada hari ketiga Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ia melibatkan perolehan aset baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut MINDEF, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima 18 unit Senjata Berpandu Anti-Kereta Kebal – Julat Sederhana (ATGW-MR) dari Tukiye. Aset ini akan dilengkapi batalion infantri untuk meningkatkan keupayaan kuasa tembakan TDM.

Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, Surveillance Radar (ASR) and Air Traffic Management (ATM) system akan dgantikan kepada sistem yang baharu.

“Sistem ini diperlukan dalam memastikan pergerakan keselamatan pesawat dan aliran trafik udara dengan cepat,

“Aset-aset ini akan membantu TUDM membuat pemerhatian ruang udara Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara dan menyediakan TUDM sebagai Perkhidmatan Trafik Udara yang dilengkapi dengan teknologi terkini,” jelas MINDEF dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), akan memastikan penyelenggaraannya aset semasa iaitu armada permukaan, kapal selam dan helikopter berada dalam tahap kesiagaan yang tinggi.

“Untuk itu, kontrak 3 buah kapal TLDM iaitu KD JEBAT, KD PERAK dan KD BAUNG telah ditandatangani bagi meneruskan program refit dengan kerjasama limbungan kapal tempatan,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak telah menandatangani perjanjian-perjanjian tersebut.

Majlis turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari serta Panglima perkhidmatan.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #DSA2024 #Mindef #ATM

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?