Home Pertahanan dan Keselamatan Menteri Pertahanan akan ke Lumut, keluarga mangsa akan diterbangkan dari Sabah

Menteri Pertahanan akan ke Lumut, keluarga mangsa akan diterbangkan dari Sabah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 APR – Keluarga mangsa nahas 2 buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diterbangkan dari Sabah.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang mengulas insiden nahas udara di Lumut.

“Bagi pihak Kementerian Pertahanan dan saya secara peribadi, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,

“Saya dan Panglima Angkatan Tentera akan ke Lumut bagi melihat serta mendapat makluman secara lebih dekat,

“Kita mungkin akan bertemu dengan ahli keluarga mangsa,

“Selain itu, ahli keluarga mangsa yang berpangkalan di Sabah akan diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia untuk dibawa ke Lumut,” katanya.

Salah satu pesawat TLDM, Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) yang terhempas pagi tadi.

Beliau turut meminta agar orang ramai tidak menularkan video insiden nahas bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Perkara yang pertama akan dilakukan adalah untuk bertemu dan menenangkan keluarga mangsa,” katanya.

Menurut Menteri Pertahanan, pihaknya akan menyalurkan bantuan kepada yang terlibat.

Selain itu, Air Times difahamkan satu penerbangan ihsan bagi membawa keluarga mangsa dari Kota Kinabalu ke Ipoh.

Terdahulu, 2 buah helikopter TLDM – Fennec dari Skuadron 502 dan Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 dari Skn 503 telah terhempas semasa melaksanakan raptai Sambutan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

TLDM dalam mengesahkan insiden itu meragut 10 orang anak kapal kedua-dua helikopter. -airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #TLDM #Fennec #AW139 #Lumut

Related Articles

Leave a Reply