Home Pertahanan dan Keselamatan Agong rakam takziah, mahukan siasatan terperinci nahas helikopter TLDM

Agong rakam takziah, mahukan siasatan terperinci nahas helikopter TLDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Apr – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden 2 helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi tadi.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertitah supaya ATM menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian itu.

“Saya dan Raja Zarith Sofiah berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya,

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam insiden pada 9.32 pagi tadi. Kejadian tersebut melibatkan 7 kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan 3 lagi kru Fennec TLDM.

Menurut TLDM, insiden itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan akhir bulan ini. -airtimes.my

#pertahanan #TLDM #Fennec #AW139 #Lumut #airtimes

Related Articles

Leave a Reply