Home Pertahanan dan Keselamatan 3 kapal perang, 16 pesawat pejuang negara FPDA sertai Eksesais BERSAMA SHIELD 2024

3 kapal perang, 16 pesawat pejuang negara FPDA sertai Eksesais BERSAMA SHIELD 2024

by Nurulhuda

BUTTERWORTH, 22 Apr – Tiga kapal perang dan 16 buah pesawat pejuang negara-negara Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura serta United Kingdom menyertai Eksesais BERSAMA SHIELD 2024 (BS23) bermula hari ini hingga 8 Mei depan.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, Majlis Pembukaan Eksesais BS24 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS), Kolonel Lau Mun Leng (RSAF) yang juga merupakan Pengarah Eks BS24 bertempat di Auditorium 18 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

“Eksesais BS24 merupakan Eksesais Gabungan tahunan antara Angkatan Tentera negara-negara FPDA iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom,

“Eks BS 24 akan dilaksanakan secara Field Training Exercise bermula dari 22 April 2024 sehingga 08 Mei 2024 di FPDA Exercise Area iaitu di sebahagian kawasan perairan Laut China Selatan, darat dan udara Semenanjung Malaysia dan Singapura,

“Eksesais pada kali ini melibatkan penglibatan 3 buah kapal perang, 1 buah helikopter maritim, 2 buah pesawat pengawasan maritim, 9 buah pesawat bantuan, 16 buah pesawat pejuang dan 1 buah Unit Ground Based Air Defence (GBAD) serta anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera negara-negara FPDA,” jelas kenyataan itu lagi.

Majlis Pembukaan Eksesais BERSAMA SHIELD 2024 (BS23) telah disempurnakan oleh Ketua Staf Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS), Kolonel Lau Mun Leng (RSAF) yang juga merupakan Pengarah Eks BS24 bertempat di Auditorium 18 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, hari ini. Foto: MK AB

Bersesuaian dengan falsafah perjanjian FPDA yang bersifat defensif, eksesais ini bukanlah sebagai satu bentuk ancaman kepada negara-negara serantau tetapi ianya adalah latihan yang telah dirancang sesuai dengan tahap profesionalisme Angkatan Tentera negara-negara FPDA.

Turut hadir, Komander IADS Air Vice-Marshal Christie Nathan Mark, Timbalan Komander IADS Brigedier Jeneral Amer Mahmud Abdul Rahman TUDM dan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin TUDM.-airtimes.my

#airtimes #pertahanan #Malaysia #FPDA #australia

Related Articles

Leave a Reply