Home Semasa Lelaki cuba bunuh isteri, lepas tembakan di KLIA 1

Lelaki cuba bunuh isteri, lepas tembakan di KLIA 1

by Muaz Rizqi

SEPANG, 14 Apr – Seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke arah seorang wanita tempatan sebelum terkena seorang lelaki yang merupakan sebagai pengawal peribadi. Kejadian itu berlaku di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di Sepang pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Komissioner Polis (CP) Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tersebut sebenarnya didapati mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ ketika sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

“Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,

“Tembakan itu bagaimanapun mengenai orang awam dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein menolak kaitan insiden itu berkait dengan isu pengganas, ekstremis mahupun gangguan awam, sebaliknya ia berkaitan perselisihan antara suami isteri.

“Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh dibawah Sek 307 Kanun Keseksaan dan akta senjata api”, ujar beliau.

Pihak sudah mengenal pasti suspek dan telah melancarkan operasi bagi memburu lelaki itu yang dipercayai telah melarikan diri ke arah utara tanah air. -airtimes

 

#KLIA1 #PDRM #Sepang #Semasa

Related Articles

Leave a Reply