Home Pertahanan dan Keselamatan LTAT tiada hasrat jual pegangan saham dalam BPlant – Khaled Nordin

LTAT tiada hasrat jual pegangan saham dalam BPlant – Khaled Nordin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak berhasrat untuk menjual pegangan saham LTAT dalam Bousted Plantations (BPlant).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pihak LTAT sedang meneliti pelan masa hadapan BPlant untuk menentukan halatuju strategik dan melonjakkan lagi prestasi operasi syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

“Langkah ini adalah penting untuk meningkatkan nilai tambah dan merealisasikan potensi sebenar BPlant bagi menjadikannya sebagai sebuah aset yang berdaya saing dan mampu memberikan pulangan yang mampan untuk tempoh jangka masa panjang,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan DR. Radzi Jidin (Putrajaya) yang menyatakan sama ada LTAT akan meneruskan hasrat untuk menjual pegangan saham LTAT dalam BPlant selepas syarikat tersebut tidak lagi disenarai di Bursa Malaysia.

Pada 10 November lalu, LTAT dilaporkan akan mengeluarkan notis berkenaan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi semua baki saham dalam BPlant yang belum lagi berada dalam pegangan LTAT pada harga RM1.55.

Dalam satu kenyataan, LTAT memaklumkan, langkah itu dilaksanakan selepas memeterai perjanjian penjualan saham tanpa syarat dengan Boustead Holdings Bhd (BHB) bagi mengambilalih 739,199,966 saham BPlant yang mewakili 33 peratus jumlah saham terbitan BPlant.

Jelas LTAT, tawaran itu merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam keseluruhan penstrukturan dan pemulihan kumpulan syarikat BHB dan dalam mengimbangi semula portfolio pelaburannya untuk meletakkan dana dengan lebih baik berbanding profil risiko pulangan.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #LTAT #BPlant #MIndef

Related Articles

Leave a Reply