Home SemasaGlobal Serangan pengganas gegar Moskow, Daesh mengaku bertanggungjawab

Serangan pengganas gegar Moskow, Daesh mengaku bertanggungjawab

by M.Daim

MOSKOW, 23 MAC – Seramai 40 orang dalam satu serangan mengejut oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Rusia.

Kejadian berlaku pada Jumaat malam (waktu tempatan).

Selain berlaku tembakan, satu letupan telah berlaku dan menyebabkan kebakaran berlaku di Crocus City Hall.

Video serangan telah tular di media sosial dan kejadian dilaporkan berlaku ketika pengunjung sedang bersiap sedia untuk menghadiri satu konsert yang diadakan oleh kumpulan tempatan.

Menurut laporan media Rusia, sehingga kini seramai lebih 100 orang dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

Saksi menyatakan kumpulan penyerang telah melepaskan tembakan secara rambang dengan menggunakan senjata automatik. Terdapat mangsa ditembak dalam jarak yang dekat.

Pihak keselamatan Rusia telah bertindak menghantar pasukan khas Special Rapid Response Unit (SOBR) dan Special Purposes Mobile Unit (OMON) dari National Guard.

Sementara itu, kumpulan pengganas Daesh menyatakan pihak mereka bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Serangan yang berlaku di Moskow merupakan yang kedua dilancarkan oleh kumpulan terbabit selepas kejadian di Afghanistan pada Khamis. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Rusia

Related Articles

Leave a Reply