Home Pertahanan dan Keselamatan Pencerobohan nelayan asing: Negara kerugian RM823.88 juta

Pencerobohan nelayan asing: Negara kerugian RM823.88 juta

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 MAC – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan negara kerugian sebanyak RM823.88 juta akibat aktiviti perikanan haram oleh nelayan asing.

Menurut beliau, angka tersebut adalah berdasarkan rekod tangkapan yang direkodkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin (PDRM) untuk tempoh 2020 hingga 2023.

Untuk tempoh tersebut, sebanyak 428 kes direkodkan oleh kesemua agensi terbabit.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam penyataan jawapan lisan di Dewan Rakyat.

“Pencerobohan oleh nelayan asing merupakan isu yang serius yang boleh menjejaskan kelestarian sumber daya perikanan tempatan serta mata pencarian nelayan tempatan dan kerugian kepada pendapatan negara,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya amat memandang serius isu pencerobohan yang melibatkan aktiviti-aktiviti penangkapan ikan secara haram oleh vesel penangkapan ikan asing di perairan negara.

“Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa bekerjasama dengan agensi penguakuatkuasaan yang lain seperti Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam usaha menangani isu ini,” ujar beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #KeterjaminanMakanan #Pencerobohan

Related Articles

Leave a Reply