Home Teknologi Pertahanan US lulus penjualan F-16 kepada Turkiye selepas benarkan Sweden sertai NATO

US lulus penjualan F-16 kepada Turkiye selepas benarkan Sweden sertai NATO

by M.Daim

WASHINGTON, 27 JAN – Kerajaan Amerika Syarikat akhirnya membenarkan penjualan jet pejuang F-16 kepada Turkiye.

Keputusan dibuat selepas Ankara meluluskan penyertaan Sweden kedalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Keputusan tersebut dinyatakan dalam satu notis yang dikeluarkan oleh pihak Defense Security Cooperation Agency (DSCA).

“Jabatan Negara Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk meluluskan kemungkinan penjualan F-16 kepada Turkiye dengan nilai keseluruhan US$23 bilion,” kata notis itu.

Notis itu menyatakan Turkiye dibenarkan untuk membeli 40 buah F-16 Block 70 dan 79 kit modenisasi pesawat.

Turkiye sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk membeli jet pejuang F-16 semenjak 2021. Pun begitu, perolehan tersebut tergendala berikutan perbezaan di antara Washington dan Ankara berhubung beberapa isu termasuklah penyertaan Sweden dalam NATO.

Semalam, Presiden Turkiye, Erdogan telah meluluskan penyertaan negara Scandanavia itu.

Turkiye merupakan negara kedua terbesar dari segi kekuatan ketenteraan dalam NATO. – airtimes.my

#AirTimes #Global #F16 #NATO #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply