Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dengar sahaja bunyi siren, kami akan berlari ke bunker – Dr Alia Fawziyyah – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Dengar sahaja bunyi siren, kami akan berlari ke bunker – Dr Alia Fawziyyah

Dengar sahaja bunyi siren, kami akan berlari ke bunker – Dr Alia Fawziyyah

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=R29maw_6qLI[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 10 DIS – “Tidak kira waktu, dengar sahaja bunyi siren (kecemasan) kami semua akan berlari ke bunker untuk selamatkan diri masing-masing. Walaupun keadaan mencemaskan dan mendebarkan, alhamdulilah, semua masih terkawal,” luah Mejar Dr Alia Fawziyyah Ismail, 38.

Dr Alia Fawziyyah yang merupakan pegawai Perubatan Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 mengakui fasa akhir penugasan pasukan berkenaan di Lubnan agak mencabar dan mendebarkan, selain mereka sentiasa berada dalam keadaan siap siaga tanpa mengira waktu.

“Saat-saat terakhir misi itu memang agak mencabar dan mendebarkan. Tidak dinafikan, kami sentiasa dalam keadaan siap siaga tidak kira masa, pada waktu petang atau malam akan ada bunyi siren untuk kami keluar dari penginapan terus ke bunker di kawasan kem,

“Ada juga letupan berlaku betul-betul di hadapan pintu kem, agak mencemaskan. Perkara pertama yang kami ingat pada waktu itu adalah keselamatan diri dan dalam masa yang sama teringat jika sesuatu terjadi pada saya, bagaimana keluarga di Malaysia,” katanya kepada Air Times baru-baru ini.

Dr Alia Fawziyyah bersama Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli menunjukkan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) setelah berkhidmat selama setahun di Lubnan. Foto: Air Times/Pasri

Beliau merupakan salah seorang pegawai daripada 84 pegawai dan 770 anggota yang melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan pada 27 Oktober 2022 dan berakhir 14 November lepas.

Mengulas lanjut, Dr Alia Fawziyyah berkata, beliau bersama beberapa pegawai perubatan dan pergigian juga telah mendapat notis daripada ibu pejabat UNIFIL untuk bersiap sedia bagi membantu orang awam dan batalion lain sekiranya keadaan di kawasan itu menjadi lebih buruk.

“4 orang pegawai perubatan bersama pegawai pergigian telah mendapat notis untuk bersedia dari HQ UNIFIL untuk siap siaga sekiranya sesuatu berlaku, kami perlu membantu batalion lain serta penduduk setempat,

“Kami sememangnya sentiasa bersedia untuk diaturgerak sekiranya diperlukan tidak kira di mana sahaja,” ujarnya yang sudah berkhidmat selama 13 tahun dengan Angakatan Tentera Malaysia (ATM).

MALBATT 850-10 secara rasmi telah menyerahkan peranan sebagai pasukan pengaman mewakili Malaysia di Lubnan kepada Kontinjen MALBATT 850-11 pada 14 November 2023.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman bersama kontinjen MALBATT 850-10 semasa Majlis Perbarisan Pengganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-10 di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pada Isnin lalu. Foto: Air Times/N.Huda

Manakala, Majlis Perbarisan Pengganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-10 pula telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pada Isnin lalu.-airtimes.my

#pertahanan #MALBATT #Malaysia #Lubnan #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?