Home Pertahanan dan Keselamatan Konflik Israel: Pasukan MALBATT 850-10 dalam keadaan selamat – Panglima Angkatan Tentera

Konflik Israel: Pasukan MALBATT 850-10 dalam keadaan selamat – Panglima Angkatan Tentera

A+A-
Reset

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=UYodXej8maM[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 23 OKT – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10 di Lubnan berada dalam keadaan selamat.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, pasukan MALBATT 850-10 akan meneruskan tugasan misi pengaman sehingga mendapat arahan dari Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan.

“Setakat ini kesemua anggota tentera yang telibat dalam pasukan pengaman MALBATT 850-10 berada dalam keadaan selamat, walaupun keadaan di sana sangat tegang tetapi apabila Malaysia hantar trup ke Lubnan di bawah misi UNIFIL, segala pengarahan penugasan adalah tertakluk kepada arahan dari PBB,

“PBB yang akan menyatakan sama ada pasukan tersebut tetap disitu atau berundur dan sebagainya. Arahan adalah daripada PBB,

“Sehingga ke hari ini pasukan MALBATT 850-10 akan tetap berada di sana sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak UNIFIL,” jelasnya kepada pemberita selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-22 di Kem Perdana, Sungai Besi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, anggota ATM yang terlibat misi pengaman di Lubnan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan yang diberikan termasuklah untuk berundur dari kawasan tersebut.

“Jangan bimbang, anggota-anggota dan pegawai di sana (Lubnan) berada di dalam keadaan selamat serta sihat. Kesemua 821 orang pasukan MALBATT 850-10 berada dalam keadaan baik,

“Doakanlah supaya tidak apa-apa kemalangan, kecelakaan yang menimpa ke atas anggota-anggota ATM di sana,

“Sekiranya UNIFIL mengarahkan untuk berundur, kita (ATM) telah bersedia pada sebilang masa untuk melakukan perkara tersebut. Anggota ATM bersedia melaksanakan apa juga tugasan yang diberikan,” ujarnya lagi.

Konflik Palestin-Israel dilaporkan semakin runcing berikutan pertempuran tercetus di kawasan sempadan selatan Lubnan. Beberapa siri pertempuran tercetus sejak awal bulan lalu yang menyaksikan Hezbollah dan Israel saling membalas serangan.

Sebuah hospital di tengah Gaza yang sarat dengan pesakit dan pelarian Palestin turut dibom tentera Zionis, menyebabkan lebih 500 orang terbunuh.

Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah tertinggi membabitkan serangan tentera Israel dalam masa sehari sejak 2008. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #MALBATT #Lubnan

KATA KUNCI : LubnanMALBATTMohamadPALESTIN

Leave a Reply