Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Jasa dan pengorbanan 496 veteran diiktiraf, terima Pingat Jasa Malaysia

#Pertahanan: Jasa dan pengorbanan 496 veteran diiktiraf, terima Pingat Jasa Malaysia

A+A-
Reset

KUANTAN, 1 OKT – Seramai 496 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai pengiktirafan atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan negara daripada ancaman pengganas komunis.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) memaklumkan penganugerahan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, pada Sabtu.

Menurut JHEV, jumlah penerima PJM ini adalah termasuk balu serta wakil waris bagi menerima pingat PJM mewakili anggota yang telah meninggal dunia.

“Sehingga hari ini, seramai hampir 39,000 warga veteran ATM telah menerima PJM,

“PJM ini dianugerahkan kepada bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” jelas JHEV dalam satu kenyataan.

Muhammad Fauzi berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dengan nasib dan hal ehwal veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan veteran ATM telah menjadi salah satu teras utama dalam pelan strategik kementerian ini.

“JHEV ATM akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan dan perumahan sedia ada serta terus menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan kebajikan veteran ATM,,

“Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM akan meneruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan veteran ATM khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru agar masyarakat menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara ini sehingga negara dapat mengecapi keamanan yang dinikmati pada hari ini. -airtimes.my

KATA KUNCI : JHEV ATMPingat Jasa MalaysiaVeteran ATM

Leave a Reply