Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Perolehan bekalan senjata ATM ditentukan pakar, elak ketirisan – Anwar

#Pertahanan: Perolehan bekalan senjata ATM ditentukan pakar, elak ketirisan – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Perolehan bekalan senjata yang diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditentukan oleh pakar berkaitan bidang berkenaan sebagai usaha untuk mengelak daripada sebarang ketirisan berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala urusan bagi perolehan aset tambahan tersebut juga akan dibuat menerusi pendekatan antara kerajaan kepada kerajaan (G2G) yang melibatkan negara berkaitan.

Tegasnya, kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan ini akan terus diperkukuh bagi memodenkan ATM yang ditugaskan sebagai benteng keselamatan negara.

“Kerajaan kini sedang melipatgandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan ATM yang bertugas sebagai benteng keselamatan negara,

“Justeru, kerajaan kini bersetuju untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai, dron, Littoral Mission Ship (LMS), helikopter dan pesawat tempur ringan,

“Seluruh sistem perolehan telah dirombak untuk menetapkan supaya bekalan senjata yang diperlukan ditentukan oleh kepakaran berkaitan tentera, mengelak daripada ketirisan, dan dalam kebanyakan urusan akan menerusi pendekatan antara 2 negara (G2G) dengan negara masing-masing,” katanya ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 2021-2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, anjakan utama kerajaan adalah untuk mensyaratkan agar ketirisan dalam tatacara perolehan aset segera ditangani bagi menjamin kesiapsiagaan pertahanan negara.

Mengulan lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan melalui beberapa projek termasuklah naik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Kerajaan juga akan menaik taraf Sistem Pengawasan Maritim Laut dan menara radar penderiaan jauh dan penambah baikakn serta pembinaan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di pintu masuk terpilih,

“Turut dilaksanakan pembinaan baharu pos keselamatan ATM di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia serta Pembangunan pangkalan tentera laut di Bintulu, Sarawak,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan, kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber yang semakin berleluasa.

“Hampir 55,000 kes jenayah siber dengan nilai kerugian mencecah RM1.8 bilion dilaporkan dalam tempoh 2021 hingga Julai 2023,

“Justeru, kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply