Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Eks Keris Strike 28/2023 komitmen kerjasama pertahanan Amerika Syarikat dan Malaysia

#Pertahanan: Eks Keris Strike 28/2023 komitmen kerjasama pertahanan Amerika Syarikat dan Malaysia

by M.Daim

KOTA BHARU, 4 OGOS – Eksesais Keris Strike 2023 merupakan salah satu latihan ketenteraan yang penting di rantau ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh 11th Airborne Division Commanding General, Mejar Jeneral Brian S. Eifler ketika menyampaikan ucapan di Kem Desa Pahlawan, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah menyempurnakan Upacare Penutup Eks Keris Strike 28/2023.

Menurut Eifler, latihan ini merupakan antara komponen penting dalam memastikan kestabilan serantau dan global.

11th Airborne Division Commanding General, Mejar Jeneral Brian S. Eifler hadir menyempurnakan upacara penutup Eksesais Keris Strike 28/2023. Foto: Air Times/Muaz

“Saya percaya kita telah mencapai objektif utama dalam eksesais ini. Kita bersama-sama meningkat daya saling operasi, kesiagaan dan menggeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak,

“Kita mahukan hasil yang terbaik dari eksesais sebegini tetapi apa yang penting adalah dengan pihak mana yang kita adakan latihan bersama,” katanya.

Eifler menambah, Eks Keris Strike merupakan salah satu titik penting dalam hubungan baik Malaysia dan Amerika Syarikat.

“US Army Pacific Command (USARPAC) akan terus bersama dengan negara-negara sekutu dan rakan dalam mendukung hasrat rantau Indo Pasifik yang terbuka serta bebas,

“Kerjasama rapat dan saling memahami merupakan antara aspek yang tiada galang gantinya,” jelas Eifler.

Eks Keris Strike merupakan latihan bilateral tahunan antara Tentera Darat Malaysia dengan U.S Army.

Eksesais Keris Strike merupakan latihan ketenteraan bilateral yang diadakan secara tahunan antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Foto: Markas Pemerintahan Medan Barat

Latihan pada tahun ini melibatkan seramai 3,303 pegawai dan anggota dari Tentera Darat manakala 414 orang dari USARPAC.

Eksesais ini berlangsung semenjak 17 Julai 2023 hingga 4 Ogos 2023.

Markas Divisyen Kedua Infantri dalam satu kenyataan berkata, Eks Keris Strike pada tahun ini berkonsepkan latihan silang (Cross Training Exercise, CTX); Pertukaran Kemahiran serta Kepakaran (Subject Matter Expertise Exchange, SMEE) dan Latihan Pos Perintah (Command Post Exercise, CPX).

Fasa akhir Eks Keris Strike 23/2028 melibatkan serangan akhir terhadap kedudukan musuh di Hulu Terengganu. Foto: Air Times/M Daim

Ketiga-tiga latihan ini dilaksanakan di Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Fasa Latihan Medan (Field Training Exercise, FTX) pula diadakan di Terengganu.

“Latihan FTX melibatkan fasa Mara dan Serangan di daerah Hulu Terengganu dan Dungun,

“Fasa Serangan Akhir Pertahanan Musuh dilaksanakan di Kemaman,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply