Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Malaysia, India meterai semula perjanjian persefahaman 1993

#Pertahanan: Malaysia, India meterai semula perjanjian persefahaman 1993

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=5zckUQIcG4Q[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Lawatan Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh ke Malaysia mencerminkan kepentingan hubungan pertahanan antarabangsa yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara.

Singh berada di Malaysia untuk lawatan rasminya sejak beliau memegang jawatan pada Mei 2019.

Lawatan rasmi Menteri Pertahanan India itu dimulakan dengan kunjungan hormat terhadap rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kementerian Pertahanan (MINDEF), hari ini.

Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) di Wisma Pertahanan, hari ini.

Menurut MINDEF, lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kedua-dua pemimpin untuk mengukuhkan hubungan pertahanan yang sedia ada antara kedua-dua negara sejak 1993.

“Kedua-dua pemimpin mengakui hubungan dua hala yang kukuh dan menegaskan semula komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan,

“Khususnya dalam kerjasama ketenteraan dan sains pertahanan, teknologi serta industri pertahanan,” jelas MINDEF dalam satu kenyataan.

Singh dan Mohamad turut berkesempatan menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Pertukaran Antara Kerajaan Malaysia – India Untuk Pindaan Kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama Pertahanan yang telah ditandatangani pada tahun 1993.

Surat pertukaran ini telah ditandatangani diantara Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat Ahmad bersama Setiausaha Khas Kementerian Pertahanan India, Nivedita Shukla Verma di Wisma Perwira ATM.

Menurut MINDEF, perjanjian persefahaman ini adalah bagi memudahkan lagi aktiviti 2 hala antara ketiga-tiga perkhidmatan tentera pada masa hadapan.

Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh dan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan semula komitmen untuk mempertingkat kerjasama pertahanan kedua-dua buah negera. Foto: Kementerian Pertahanan.

“Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju meneroka lebih banyak kerjasama antara Malaysia dan India dalam melaksanakan operasi bersama antara ketiga-tiga perkhidmatan dalam masa terdekat,

“Jelasnya, kesamaan aset pertahanan antara keduanya negara akan meningkatkan kerjasama, terutamanya dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” tambah kenyataan itu lagi.

Selain itu, kedua-dua menteri ini juga bersetuju untuk mengadakan Forum SU-30 dan Kumpulan Kerja Hal Ehwal Strategik untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua kementerian.

Singh turut dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, hari ini untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu terutamanya dalam meningkatkan hubungan pertahanan Malaysia-India serta isu antarabangsa dan serantau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply