Home Pertahanan dan Keselamatan Jangan cemas lihat pesawat terbang rendah, ATM laksana latihan

Jangan cemas lihat pesawat terbang rendah, ATM laksana latihan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Orang ramai di sekitar Lembah Klang terutamanya di ruang udara Putrajaya dinasihatkan tidak cemas jika melihat pelbagai pesawat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang rendah kerana pasukan itu sedang menjalankan latihan.

Bahagian Perhubungan Awam, Markas Tentera Udara dalam kenyataan memaklumkan, beberapa pesawat ATM sedang mengadakan persiapan bagi Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 10 Jun 2023.

“Persiapan bagi istiadat perbarisan itu bermula hari ini sehingga hari sebenar pada 10 Jun 2023,

“Ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),

“Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah yang dapat disaksikan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang terutamanya di ruang udara Putrajaya,” jelas pihak TUDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply