Home Pertahanan dan Keselamatan LIMA’ 23 menggalakkan, dijangka capai janji niaga sehingga RM18 bilion – Mohamad

LIMA’ 23 menggalakkan, dijangka capai janji niaga sehingga RM18 bilion – Mohamad

by Nurulhuda

LANGKAWI, 22 Mei – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.

Beliau berkata, daripada jumlah itu RM10 bilion adalah melibatkan Surat Setuju Terima (LoA) antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat berkaitan pertahanan.

“Kebanyakan yang akan kita tandatangani adalah LoA dan sekiranya dah capai kata sepakat dan beberapa lagi perolehan yang dipersetujui, kita akan tandatangani untuk memuktamadkan,

“Jadi hasil penganjuran LIMA ’23 kali ini dari segi nilai komersial, Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pengangkutan adalah hasil yang baik dan akan beri pulangan yang baik kepada negara dan industri tempatan kita,” katanya selepas meninjau tapak pameran segmen maritim LIMA ’23 di Resort World Langkawi, hari ini.

Daripada jumlah itu RM10 bilion adalah melibatkan Surat Setuju Terima (LoA) antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat berkaitan pertahanan – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan

Menurut Mohamad, penyertaan LIMA ’23 amat menggalakkan dan memberi peluang syarikat tempatan dan luar negara dari pelbagai negara mempamerkan teknologi dan senjata serta aset.

“Setakat ini, terdapat 119 kapal terbang termasuk statik dan aerobatik. Selain itu, sebanyak 40 kapal laut termasuk kapal Malaysia bersama negara-negara lain akan akan dipamerkan aset-aset mereka kepada tontonan umum,

“Jadi sambutan amat baik dan ada negara yang nak hantar penyertaan di saat akhir, tetapi terpaksa menolak penyertaan mereka kerana mengambil kira beberapa perkara termasuk tempat,

“Diharap penganjuran LIMA’23 ini dapat menghasilkan banyak persefahaman atau kerjasama pertahanan dari negara luar,” tambahnya lagi.

LIMA kembali semula pada 2023 ini setelah ditangguhkan selama 4 tahun akibat wabak pendamik COVID-19 yang menular di seluruh negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply