Home Pertahanan dan Keselamatan Combined Drill Exercise bukti kerjasama Lebanese Armed Force bersama UNIFIL

Combined Drill Exercise bukti kerjasama Lebanese Armed Force bersama UNIFIL

by Nurulhuda

TYRE, 19 Mei – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 terlibat dalam Combined Drill Exercise yang dianjurkan oleh Lebanese Armed Force (LAF) di Chawakeer Training Facilities, pada 15 hingga 18 Mei lalu.

Pihak MALBATT 850-10 memaklumkan, latihan ini diadakan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kesefahaman berkenaan aturgerak serta taktikal semasa pelaksanaan operasi di Lubnan.

“Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mempersembahkan kekuatan aset yang mampu digunakan oleh pihak LAF,” jelas pihak MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya malam tadi.

Menurutnya, latihan ini juga melibatkan penyertaan daripada pasukan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) termasuk ITALBATT dan POLAND CONTINGENT (POLCON).

Upacara penutup telah disempurnakan oleh UNIFIL Force Commander, Major General Aroldo Lazaro Saenz dan turut hadir Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli.

Antara demonstrasi dilaksanakan adalah Latihan Abseiling and Repelling daripada LAF, Road Check Point and Medical Care daripada MALBATT, Urban Area Patrol daripada ITALBATT dan Close Quarter Battle Skill daripada POLCON.

LAF turut melaksanakan live firing seperti tembakan sniper, RPG serta tembak dan gerak. Di akhir latihan, para peserta juga telah diberikan sijil penyertaan kursus.

Turut hadir adalah Brigedier Jeneral Rodolf Haikal selaku South Litani River Commander dan Brigedier Jeneral Edgard Lawandos selaku 5th Briged Commander. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply