Home Teknologi Pertahanan Korea Selatan berjaya uji penerbangan KF-21 dipasang radar AESA

Korea Selatan berjaya uji penerbangan KF-21 dipasang radar AESA

by M.Daim

SEOUL, 5 Feb – Syarikat pertahanan aeroangkasa Korea Selatan telah berjaya melaksanakan ujian penerbangan jet pejuang KF-21 Boramae yang dipasang dengan radar AESA.

Menurut pihak Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea Selatan (DAPA), ujian penerbangan tersebut melibatkan protoaip ketiga KF-21 Boramae keluaran Korea Aerospace Industries (KAI).

“Ujian ini dilakukan bagi melihat prestasi AESA dan juga pesawat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ujian yang dilaksanakan selama 84 minit itu telah mencapai matlamat.

KA KF-21 sebelum ini dikenali sebagai KF-X.

AESA (Active Electronically Scanned Array) atau radar Jujukan Imbasan Elektronik Aktif yang mempunyai rintangan tindak balas elektronik (ECM) yang baik. Ia mempunyai imbasan radar yang lebih pantas dan merendahkan kebarangkalian untuk dipintas.

Radar ini mempunyai kira-kira 1,000 modul pemancar dan penerima yang kecil pada antena dan mampu melaraskan pancaran gelombang radio.

Radar AESA yang dipasang pada KF-21.

KF-21 Boramae sebelum ini dikenali sebagai program KF-X. Ia merupakan program pembangunan jet pejuang domestik kedua Korea Selatan selepas KAI FA-50.

Kos program ini ditanggung secara bersama oleh Korea Selatan (60%), Indonesia (20%) dan syarikat-syarikat berkaitan termasuk KAI (20%).

Pesawat KF-21 dijangka akan siap pada tahun 2026. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!