Home Pertahanan dan Keselamatan Ops Starlight II: Kumpulan akhir petugas ATM berlepas ke Turkiye

Ops Starlight II: Kumpulan akhir petugas ATM berlepas ke Turkiye

by M.Daim

SEPANG, 12 Feb – Seramai 41 anggota tentera telah berlepas ke Turkiye pada pukul 11 malam tadi.

Sesi penghantaran kumpulan terakhir Op Starlight II telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar Mohd Dom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama (MkAB) dalam satu kenyataan berkata, kumpulan terakhir ini merupakan kumpulan ketiga petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia yang dihantar ke Turkiye bagi mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM).

Kumpulan ini diketuai oleh Kolonel (Dr) Yussra Yusoff selaku Pegawai Memerintah HMM.

Menurut Akmar, kumpulan terakhir ini akan diatur gerak ke Gaziantep bersama kumpulan kedua petugas selepas tiba di Istanbul.

“Kumpulan (terakhir) ini, selepas sampai di Istanbul akan berjumpa kumpulan kedua. Mereka akan diaturgerak ke Gaziantep dengan menggunakan pesawat A400M,

“Kumpulan pertama akan tiba ke Adiyaman,” kata Panglima Angkatan Bersama semasa sidang media.

Menurut beliau, operasi HMM kali ini dikenali sebagai Op Starlight II. ATM sebelum ini pernah melaksanakan Op Starlight yang pertama iaitu semasa mengoperasikan HMM di Cox’s Bazar, Bangladesh.


“Kumpulan (terakhir) ini, selepas sampai di Istanbul akan berjumpa kumpulan kedua. Mereka akan diaturgerak ke Gaziantep dengan menggunakan pesawat A400M. Kumpulan pertama akan tiba ke Adiyaman,”

Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar Mohd Dom, Panglima Angkatan Bersama

Menurut MkAB dalam kenyataan, aturgerak pegawai dan anggota Op Starlight II ke Turkiye telah dilaksanakan dalam 3 fasa penghantaran semenjak 10 Februari lalu.

“Kumpulan pertama melibatkan 36 pegawai dan anggota telah diaturgerak dengan 2 buah pesawat A400M TUDM dari Pangkalan Udara Subang pada 10 Feb 23 jam 02.00 pagi serta telah selamat tiba di Lapangan Terbang Gaziantep pada 11 Feb 23 jam 01.30 pagi (waktu Malaysia),

“Manakala pada 10 Feb 23 jam 11.00 malam, Kumpulan kedua yang melibatkan 34 pegawai dan anggota telah diaturgerak menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines dan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 10.44 pagi 11 Feb 23,

“Kumpulan kedua ini akan menunggu ketibaan Kumpulan ketiga dan akan bersama-sama menaiki pesawat A400M TUDM ke Lapangan Terbang Gaziantep dan seterusnya melalui jalan darat ke lokasi HMM akan ditempatkan,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, Elemen Logistik Perubatan melibatkan 7.3 tan aset Hospital Medan diterbangkan dengan menggunakan pesawat Mas Kargo pada 11.30 pagi semalam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply