Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota komando hilang, dikhuatiri lemas semasa latihan selaman dasar laut

Anggota komando hilang, dikhuatiri lemas semasa latihan selaman dasar laut

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Seorang anggota komando Tentera Darat Malaysia dikhuatiri lemas semasa melaksanakan latihan.

Menurut laporan media tempatan, mangsa, Lans Koperal Edrin Baintim, 25 tahun dilaporkan semasa melaksanakan latihan menyelam.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan semenjak Selasa lalu.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak menyatakan 18 aset dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Pada masa yang sama, APMM memohon bantuan dari Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dari Indonesia.

Menurut Iskandar, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada BASARNAS melalui Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya.

“Ia berikutan terdapat kemungkinan mangsa dihanyutkan ke perairan negara jiran itu berdasarkan data dan maklumat Sistem Pencarian dan Penyelamat Optimal (SAROPS),

“Operasi mengesan mangsa berusia 25 tahun itu memasuki hari ketiga pada hari ini dan bermula pada 7 pagi tadi meliputi sektor pencarian di kawasan seluas 1,040 kilometer persegi,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply