Home Semasa 7 tokan ditahan, dadah bernilai 2.1 juta dirampas

7 tokan ditahan, dadah bernilai 2.1 juta dirampas

by Muaz Rizqi

PULAU PINANG, 23 Jan – Polis Pulau Pinang telah menahan 7 orang lelaki warga tempatan dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas 823 ketulan mampat ganja bernilai RM2.10 juta dalam 4 serbuan di kawasan negeri itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Polis Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, operasi tersebut telah dilakukan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 18 dan 19 Januari lalu.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan merupakan lelaki tempatan yang berumur di antara 24 hingga 29 tahun.

“Hasil risikan pihak PDRM berjaya merampas dadah jenis (823) ketulan mampat kering berbalut kertas warna keperangan dadah ganja dan anggaran berat 840.729 Kilogram yang bernilai RM2,101.823.00,

“Pihak polis mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak awal tahun 2022 untuk pasaran tempatan,

“Jumlah dadah yang dirampas itu juga boleh digunakan oleh seramai 1,886,708 orang atau 1,886,708 kali penggunaaan,” ujar beliau.

Mohd Suhaily menjelaskan, hasil ujian saringan air kencing terhadap 7 tangkapan tersebut adalah negatif dadah dan semakan rekod mendapati 5 tangkapan mempunyai rekod pelbagai kesalahan dadah serta jenayah.

“Tindakan juga diambil di bawah akta dadah berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana JSJN Pulau Pinang telah menyita 3 buah kenderaan dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM51,500.00,

“Manakala, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM2,153,323.00,”jelasnya lagi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika bersabit kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup.

“Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan,” tambahnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply