Home Pertahanan dan Keselamatan Rampas ganja RM1.13 juta, 3 termasuk seorang wanita dicekup

Rampas ganja RM1.13 juta, 3 termasuk seorang wanita dicekup

by Nurulhuda

GEORGETOWN, 16 Jan – Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas 451 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.13 juta dalam 3 serbuan di kawasan Seberang Perai Utara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri telah melancarkan operasi terancang di lokasi berkenaan.

Menurutnya, serbuan pertama dijalankan di sebuah premis di Seberang Perai Utara dengan merampas 10 ketulan mampat daun-daun kering berbalut kertas warna keemasan dadah ganja seberat 10.166 kg dan dianggarkan bernilai RM25,000.00.

“Serbuan kedua di premis yang sama dan telah merampas 44 ketulan mampat daun-daun berbalut kertas warna kemaasan seberat 441,704 kg dan bernilai RM1,105,000.00,

“Manakala, serbuan ketiga di premis tersebut pula, pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan dipercayai ketua sindiket itu,” jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Shuhaily menjelaskan, hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak awal tahn 2022 untuk pasaran tempatan.

Jelasnya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 906,740 orang.

Tambahnya, pihaknya turut menyita 3 buah kereta dan 2 motosikal dan wang tunai berjumlah RM37,00.00, manakala nilai keseluruhan rampasan dadah serta sitaan harta berjumlah RM1,546,500.00.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas seorang lelaki didapati positif dadah dan mempunyai rekod lampau juga berkaitan dadah,

“Semua 3 individu itu kini direman sehingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply