Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-10 salur sumbangan kepada pelajar Qallawiyah Public School

MALBATT 850-10 salur sumbangan kepada pelajar Qallawiyah Public School

by Nurulhuda

QALLAWIYAH, 10 Jan – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 meneruskan kesinambungan tanggungjawab sosial berkolaborasi bersama TCT G9 CIMIC UNIFIL, Lieutenant Alessandro Del Bravo menyalurkan sumbangan kepada Qallawiyah Public School.

MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli kepada Pengetua Sekolah, Mr Suleiman El Amine, pada Selasa.

Turut hadir Mayor Municipality Qallawiyah, Mr Mansour Olayyan.

“Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk beg, alat tulis dan medical kit seperti Sanitizer dan Facemask kepada pelajar di sekolah itu,

“Barang sumbangan dari pihak MALBATT merupakan sumbangan dari Mydin Malaysia dan Syarikat Technofit,

“Tidak hanya barangan dari Malaysia, ITALBATT turut sama menyumbang beberapa barangan untuk menjayakan program ini,” jelas hantaran itu.

Pihak MALBATT 850-10 turut berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepanjang sesi persekolahan.

“Kedua-dua belah pihak turut mengharapkan kesinambungan MALBATT dalam meneruskan usaha murni ini,

“Diplomasi yang diamalkan ini akan meningkatkan lagi keyakinan MALBATT 850-10 dalam meneruskan usaha untuk melindungi kepentingan negara, UNIFIL dan mandat yang telah diamanahkan,” jelasnya lagi. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply