Home Pertahanan dan Keselamatan Op Kontraban: Lebih RM132 juta barang rampasan, 306 ditahan tahun lalu

Op Kontraban: Lebih RM132 juta barang rampasan, 306 ditahan tahun lalu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah merampas pelbagai barangan yang bernilai RM132,707,431.40 dalam Operasi (Op) Kontraban pada tahun lalu.

Operasi yang dilakukan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan (PSK) itu turut menahan 306 orang pada tahun lepas dalam dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan barangan bersubsidi.

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan, rampasan terbanyak membabitkan barangan di bawah Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan bernilai RM68 juta.

Selain itu, tindakan turut diambil mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan jumlah rampasan sebanyak RM25,000.00.

“Turut diambil tindakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar melalui Op Bersepadu Khazanah dengan rampasan bernilai RM2.85 juta dan Akta Bahan Letupan (RM7.57 juta),

“Akta Kawalan Bekalan iaitu rampasan sebanyak RM40 juta, Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (RM1.5 juta),

“Rampasan turut dilakukan di bawah Seksyen 379 atau 427 Kanun Keseksaan (Bitcoin) dengan rampasan bernilai RM1.581 juta); Akta Senjata 1960 (RM12,000); Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (RM7.32 juta) serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Bahan Kosmetik 1984 dan Akta Racin 1952 dengan jumlah rampasan bernilai RM3.42 juta),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut memaklumkan, bagi tempoh 6 hari pada tahun ini, Cawangan PSK telah melncarkan 9 serbuan dengan hasil rampasan bernilai RM27,400,605.20.

Tambahnya, pihaknya juga telah menahan seramai 23 orang yang terdiri daripada 17 warga tempatan dan 6 warga asing. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply