Home SemasaGlobal India lengkapkan perolehan 36 buah jet pejuang Rafale pada Disember ini

India lengkapkan perolehan 36 buah jet pejuang Rafale pada Disember ini

by M.Daim

NEW DELHI, 25 Nov – Tentera Udara India akan menerima jet pejuang Rafale ke-36 dan terakhir pada pertengahan Disember ini.

New Delhi telah meterai kontrak perolehan 36 buah jet pejuang buatan Dassault itu pada tahun 2016.

“Pesawat terakhir akan tiba di India pada 15 Disember. Jet pejuang telah dibangunkan selari dengan tingkat upaya yang spesifik untuk India,” lapor media India yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera.

Tentera Udara India pada ketika ini sedang melaksanakan tingkat upaya Rafale untuk disesuaikan dengan kelengkapan yang dihasilkan oleh industri tempatan negara itu.

Rafale telah dibeli dengan kadar segera oleh New Delhi ketika konflik India-China memuncak. Jet pejuang tersebut terus ditempatkan di kawasan berhampiran Ladakh yang menjadi titik pertelagahan antara kedua-dua negara kuasa besar yang berjiran. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply