WARSAW, 16 Nov – Seramai 2 orang dilaporkan maut dalam satu letupan di sebuah perkampungan sempadan Poland-Ukraine.
Kejadian tersebut telah disahkan oleh Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki.
Dalam kenyataan beliau yang dimuatnaik di akaun media sosial rasminya berkata, pihak Warsaw akan menyiasat kejadian yang berlaku di Przewodów.
“Poland akan menyiasat insiden ini dan pada masa yang sama pertingkatkan tahap kesiagaan tentera terutamanya pemantauan ruang udara,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Luar Poland mengesahkan misil terbabit adalah buatan Rusia.
“Rusia telah melakukan serangan besar-besaran terhadap Ukraine dan menyasarkan infrastruktur kritikal,
“Pada 3.40 petang (10.40 malam waktu Malaysia), sebuah misil buatan Rusia telah mengenai kawasan perkampungan Przewodów dan menyebabkan 2 orang maut,
“Kementerian Luar Poland akan memanggil pihak Kedutaan Rusia untuk memberikan penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Presiden Poland, Andrzeja Dudy menggesa semua pihak untuk berhati-hati dan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian bedilan misil di kawasan sempadan Poland-Ukraine. – airtimes.my