Home PolitikBarisan Nasional Bincang kerjasama: Satu lagi fitnah tanpa bukti dari Anwar – Hishammuddin

Bincang kerjasama: Satu lagi fitnah tanpa bukti dari Anwar – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Sri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau menemui pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk membincangkan kemungkinan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya tak pernah jumpa pemimpin PAS ataupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk membincangkan kerjasama selepas PRU15,

“Lagi satu fitnah tanpa bukti dari Anwar (Datuk Sri Anwar Ibrahim),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membuat dakwaan tersebut.

Mohamad sudah menafikan dakwaan itu dengan berkata, beliau tidak tahu mengenai sebarang rundingan antara pemimpin BN, PAS dan Bersatu seperti yang didakwa Anwar.

Dalam hantaran yang sama, Hishammuddin turut membidas Anwar yang berdiam diri apabila diminta membuktikan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaannya terdapat anggota tentera di Parlimen Bera, Pahang, yang mengundi awal untuk PRU15 dibayar RM300.

“Hari itu fitnah tentera terima RM300 untuk undi pos. Suruh bagi bukti dekat pihak berkuasa untuk siasat, terus diam

“Ni lagi satu. Waspadalah,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Anwar dilaporkan mendakwa pemimpin BN termasuk Hishammuddin telah bertemu pemimpin PN untuk membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan selepas PRU.

Menurut Anwar ini kerana para pemimpin berkenaan menyedari gabungan masing-masing semakin ketinggalan dalam persaingan menjelang PRU15. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply