Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen, ATM kerjasama latih anggota PASTAK tangani ancaman jenayah

Imigresen, ATM kerjasama latih anggota PASTAK tangani ancaman jenayah

by Nurulhuda

BATU GAJAH, 8 Nov – Seramai 36 orang pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyertai Kursus Asas Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) yang diadakan mulai 10 Oktober hingga 7 November 22 di Kem Changkat, Perak.

JIM menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, kursus tersebut merangkumi keperluan-keperluan asas untuk membentuk pegawai penguatkuasa menjadi sebuah Pasukan Khas.

Menurut JIM, modul yang dijalankan memfokuskan kepada ketahanan fizikal dan mental serta disiplin secara regimental. Antara modul dilaksanakan termasuklah pengiring orang kenamaan (POK), ikhtiar hidup, membaca peta serta ilmu-ilmu taktikal yang lain.

Majlis Penutup Kursus PASTAK JIM ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud, pada Isnin.

Dalam majlis penutup ini, penuntut mengadakan demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS), POK dan pemintasan kenderaan penjenayah.

“Seterusnya pemakaian beret dan lanyard anggota percubaan beserta patch PASTAK serta penyampaian sijil Kursus Asas PASTAK kepada kesemua 36 orang anggota,” jelas hantaran itu.

JIM turut menjelaskan, berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) pasukan, anggota percubaan perlu melalui tempoh percubaan selama 12 bulan sebelum diberikan watikah pelantikan serta dipakaikan beret dan lanyard coklat simbol PASTAK.

“Kewujudan PASTAK di JIM telah mengupayakan Jabatan untuk menumpaskan kegiatan jenayah berisiko tinggi yang lebih spesifik selain memberikan bantuan kepada Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan serta Bahagian Penguatkuasaan apabila diperlukan,” jelas JIM. -airtimes.my

Geleri gambar:

Related Articles

Leave a Reply