Home Pertahanan dan Keselamatan LTAT tidak pernah sedia, tawarkan skim pembiayaan caruman melalui WhatsApp

LTAT tidak pernah sedia, tawarkan skim pembiayaan caruman melalui WhatsApp

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menafikan bahawa pihaknya menyedia dan menawarkan skim pembiayaan kepada pencarum melalui aplikasi WhatsApp.

LTAT dalam hantaran di media sosialnya berkata, pencarum LTAT dinasihatkan untuk meneliti sebarang tawaran dan elakkan berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana pihak bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan scammer.

“LTAT tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami oleh pencarum,

“Pencarum adalah dinasihatkan untuk merujuk laman web LTAT atau aplikasi MyWIRA bagi sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh LTAT,” kata hantaran itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply