Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan peruntuk RM8 juta selenggara sekolah dalam kem – Hishammuddin

Kementerian Pertahanan peruntuk RM8 juta selenggara sekolah dalam kem – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah memperuntukan sebanyak RM8 juta bagi tujuan penyelenggaraan segera kemudahan sekolah-sekolah dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, antara kerja senggaraan yang akan dilaksanakan termasuklah membabitkan fasiliti asas dan pendawaian elektrikal.

Beliau berkata, dengan peruntukan ini, ia bakal memanfaatkan lebih 20,000 pelajar dan lebih 2,000 guru serta kakitangan sokongan.

“Peruntukan yang diumumkan hari ini hanya sebahagian daripada pelbagai lagi inisiatif pendidikan ATM yang telah dan akan dilaksanakan,

“Antaranya, MINDEF turut merancang untuk memanjangkan inisiatif Studio Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Kelas Abad Ke-21 seperti yang ada di Sekolah Kebangsaan Kementah ini ke sekolah-sekolah dalam Kem ATM di seluruh negara,” jelasnya selepas membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan KEMENTAH dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKMAT) DTHO, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, peruntukan sebanyak RM1 juta telah diluluskan MINDEF bagi tujuan senggaraan segera di RKMAT DTHO dan Jalan U-Thant.

“Dengan peruntukan ini, ia bakal memanfaatkan seramai 1,730 anggota ATM dan 20 warga awam MINDEF di RKMAT DTHO serta 270 anggota ATM serta 12 warga awam MINDEF di RKMAT Jalan U-Thant,

“Saya telah arahkan supaya kerja-kerja senggaraan ini dilaksanakan secepat mungkin demi keselesaan penghuni dua RKMAT ini. Saya sendiri akan pantau pelaksanaannya dari masa ke masa,” jelasnya.

Tambahnya, kediaman yang selesa dan selamat adalah penting untuk ahli keluarga anggota yang sering ditinggalkan kerana menjalankan tugas harian mereka.

“Kediaman yang selesa amat diperlukan bagi memastikan moral dan semangat anggota yang bertugas sentiasa di tahap terbaik,

“Sebab itulah, selagi saya Menteri Pertahanan, soal kediaman akan terus dititikberatkan. Ini komitmen saya dan MINDEF,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply