Home Pertahanan dan Keselamatan Laporan Audit Forensik LCS dinyahklasifikasikan

Laporan Audit Forensik LCS dinyahklasifikasikan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) bersetuju untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik berkenaan isu kelewatan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui hantaran di Facebooknya berkata, perkara tersebut dilakukan selaras keputusan Jemaah Menteri untuk menyahklasifikasikan beberapa dokumen penting dalam laporan tersebut.

“Selaras keputusan Jemaah Menteri untuk ‘declassify’ laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai #LCS; Lembaga Pengarah BHIC telah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan,

“Ia boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerusi pautan https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html,” jelasnya.

Laporan Menyahklasifikasi Pengauditan Audit Forensik berkaitan Review Of The LCS Programmer yang dikeluarkan pada 22 Ogos 2022.

Sebelum ini, Hishammuddin telah mengarahkan BHIC untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik berkenaan kelewatan projek LCS.

Laporan itu dilaporkan akan memberi penerangan tentang dalang di sebalik rasuah dan penyelewengan yang melanda syarikat itu.

Rabu lalu, Jemaah Menteri mendedahkan laporan siasatan projek itu oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

Mesyuarat Jemaah Menteri juga turut mencadangkan supaya laporan mengenai projek bermasalah bernilai RM9 bilion itu, yang mengalami kelewatan bertahun-tahun itu dinyahklasifikasikan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply