Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal tangki Rusia bersauh tanpa kebenaran

APMM tahan kapal tangki Rusia bersauh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 22 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili berjaya menahan sebuah kapal tangki milik Rusia bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 23.6 batu nautika timur laut Tanjung Siang, semalam.

Pemangku Pengarah APMM Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, bot ronda Maritim telah menahan kapal tangki berkenaan pada jam 3.00 petang ketika sedang membuat penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

“Pemeriksaan awal mendapati kapal tangki itu dikendalikan oleh 19 kru lelaki dan 2 kru wanita termasuk nakhoda berumur antara 32 hingga 62 tahun serta kesemuanya merupakan warga Rusia mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,

“Nakhoda kapal tangki berkenaan telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pemilik atau pengusaha perkapalan dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia serta mengiku peraturan yang telah ditetapkan,” ujar beliau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply