Home Pertahanan dan Keselamatan 8 Briged, JHEV ATM hulur sumbangan kepada veteran rumah terbakar

8 Briged, JHEV ATM hulur sumbangan kepada veteran rumah terbakar

by Nurulhuda

KELANTAN, 17 Ogos – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu dengan kerjasama Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) telah melaksanakan Penyerahan Cek bernilai RM10,000.00 kepada veteran tentera, Muda Abdullah di Kampung Bukit Tanah, Jalan Alor Hijau, Pasir Puteh pada Isnin.

JHEV ATM dalam hantaran di media sosialnya menjelaskan, rumah veteran tersebut terlibat dengan kebakaran akibat litar pintas pada 14 Jun lalu.

Kebakaran mengakibatkan rumah veteran rosak 100 peratus dan tidak selamat untuk didiami.

“Bantuan Bencana Alam ini merupakan salah satu Skim Bantuan Kebajikan di bawah JHEV ATM selain daripada Bantuan Sara Hidup, Bantuan Kemasukan ke IPTA & IPTS, Bantuan Persekolahan dan Bantuan Peralatan Pesakit,” jelas JHEV ATM.

Turut hadir Panglima 8 Bgd, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee, dan isteri, Puan Fazlina Mohd Daud.

Beliau turut menzahirkan rasa simpati dan takziah serta memberikan kata-kata semangat di atas musibah yang menimpa Veteran tersebut.

Sebelum itu, Abu Hassan turut menyantuni veteran ATM di Besut, Terengganu iaitu Abdullah Siok yang mana merupakan salah seorang veteran ATM yang banyak berjasa kepada negara dan telah mula berkhidmat di dalam tentera pada tahun 1959.

“Beliau turut mengambil kesempatan menyerahkan Bantuan Peralatan Pesakit kerusi roda kanak-kanak kepada anak Nurusyahrir Zakaria, veteran ATM yang menghidap penyakit Russel-silver syndrome,

Turut hadir YDP PVATM Kelantan merangkap Ketua Cawangan Selising, Ab Aziz Awang Lah, wakil-wakil Persatuan dari PVATM Cawangan Selising, Kelantan dan PVATM Cawangan Besut, Terengganu sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply