Home Pertahanan dan Keselamatan 5 Briged jelajah kawasan pendalaman Sabah bantu penduduk yang memerlukan

5 Briged jelajah kawasan pendalaman Sabah bantu penduduk yang memerlukan

by Air Times News Network

SABAH, 15 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) telah mengadakan aktiviti Kembara Jelajah Barat Sabah dan Program Pelan Strategik Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Long Pasia pada 10 hingga 13 Ogos 22 lalu.

Markas 5 Bgd dalam hantaran media sosialnya berkata, perjalanan sejauh 556 kilometer ini bermula dari Kem Lok Kawi, Keningau, Tenom, Long Pasia, dan berpatah balik ke Kem Lok Kawi.

“Program ini dilaksanakan bagi tujuan melawat kawasan pendalaman Barat Sabah agar masyarakat setempat yakin dengan kredibiliti TDM selain memahami budaya dan adat resam di samping melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dikawasan yang dikenalpasti,

“Aktiviti ini dimulakan dengan perkenalan diri sambil beramah mesra dengan penduduk kampung, guru sekolah dan pelajar-pelajar di Tenom,” katanya.

Dalam pada itu, dalam program ini juga diselitkan dengan pengambilan Askar Wataniah dan riadah bersama penduduk kampung.

Terdahulu, sumbangan beg, alat tulis kepada pelajar sekolah serta sumbangan bakul makanan, ubat gigi, berus gigi dan susu formula telah diberikan oleh Panglima 5 Briged, Brigidier Jeneral Saiful Bahari Zainol.

“Pada masa yang sama, pegawai perubatan 5 Bgd turut memberi penerangan dan perkongsian berkenaan kesihatan dan membuat pemeriksaan serta memberi ubat-ubatan kepada penduduk kampung yang memerlukan,

“Kembara ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah di bawah naugan 5 Bgd serta dibantu Pegawai Memerintah 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) yang sedang beroperasi di Op Balasah,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply