Home Pertahanan dan Keselamatan Projek LCS: Kertas siasatan lengkap, SPRM cadang beberapa individu didakwa

Projek LCS: Kertas siasatan lengkap, SPRM cadang beberapa individu didakwa

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah melengkapkan kertas siasatan terhadap individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,

“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” katanya pada Khamis.

Pada Rabu, Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan selain meminta Peguam Negara membuat pendakwaan jika terdapat bukti kukuh berkaitan isu kapal tempur LCS. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply