Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan belanja RM196.8 juta bayar pencen veteran ATM

Kerajaan belanja RM196.8 juta bayar pencen veteran ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM196.8 juta untuk bayaran pencen kepada 105,853 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga 30 Jun 2022.

Manakala bagi penerima pencen terbitan pula adalah sebanyak RM35.6 juta yang terdiri daripada 28,061 orang balu atau duda dan orang tanggungan.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menjawab pertanyaan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) berhubung bilangan bekas anggota ATM yang layak mendapat pencen perkhidmatan dalam pecahan pangkat dan nilai pencen yang diberikan.

Beliau memaklumkan, pencen bulanan bagi pegawai berpangkat Jeneral adalah RM15,000; Leftenan Jeneral (RM10,000); Mejar Jeneral (RM9,700); Brigadier Jeneral (RM8,800); Kolonel (RM6,500), Leftenan Kolonel (RM6,200), Mejar (RM5,500) dan Kapten (RM4,300).

“Manakala, bagi pencen bulanan anggota yang berpangkat Pegawai Waran I dan II adalah RM3,800, Staf Sarjan (RM3,600), Sarjan (RM3,200), Koperal (RM2,400), Lans Koperal (RM2,000) dan Prebet (RM1,500),” jelasnya dalam jawapan lisan yang tidak dijawab di dalam Dewan Rakyat, semalam. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply