Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat berkas 6 PATI Indonesia sembunyi di Teluk Ramunia

Tentera Darat berkas 6 PATI Indonesia sembunyi di Teluk Ramunia

by Air Times News Network

TELUK RAMUNIA, 2 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya memberkas 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia menyusup masuk ke Malaysia di Jalan Teluk Ramunia, hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, tim ronda telah mengesan pendaratan PATI di sekitar Jalan Teluk Ramunia melalui hasil maklumat awam dan perisikan.

“Kesemua 6 PATI telah dijumpai bersembunyi di Jalan Teluk Ramunia dan dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan serta dokumentasi,

“6 PATI yang ditahan terdiri dari 5 orang lelaki dan seorang perempuan berusia antara 36 hingga 49 tahun,” katanya.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM4,334.00 melibatkan matawang Malaysia bernilai RM 520.20, matawang Indonesia IDR 1,120,000 (RM 333.75), 6 buah telefon bimbit pelbagai
jenama bernilai RM 3413.00, seunit jam tangan bernilai RM20.00 dan barang kemas bernilai RM 47.00.

“Kesemua PATI yang ditahan telah dibuat saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian tersebut adalah negatif,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Balai Polis Bayu dan kesemua PATI telah diserahkan pada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada jam 2.30 petang,” ujarnya.

Pada masa sama, Markas 3 Div berkata, Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus menjejak kemungkinan ada saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

Kesemua 6 PATI telah dijumpai bersembunyi di Jalan Teluk Ramunia dan dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan serta dokumentasi

Related Articles

Leave a Reply