712
TOKYO, 8 Jul – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami kecederaan akibat ditembak di dada.
Kejadian berlaku ketika beliau menghadiri satu majlis politik di Nara, hari ini.
“Abe, 67 tahun telah ditembak di bahagian dada. Suspek yang terlibat telah berjaya ditahan,
“Beliau telah dikejarkan ke hospital dan tidak disedarkan diri,” lapor media Jepun.
Sementara itu, Kyodo News menyatakan bekas Perdana Menteri Jepun itu berada dalam keadaan kritikal. – airtimes.my