Home Pertahanan dan Keselamatan Bot nelayan gaji PATI, langgar syarat sah lesen ditahan

Bot nelayan gaji PATI, langgar syarat sah lesen ditahan

by Air Times News Network

KUALA KURAU, 2 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau berjaya menahan sebuah bot pukat hanyut kelas A disyaki langgar syarat sah lesen di Kuala Kurau, pada Khamis.

Pengarah APMM Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, bot berkenaan telah diarahkan berhenti untuk pemeriksaan oleh bot ronda APMM kerana bergerak dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 0.8 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau.

“Pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati 2 nelayan termasuk tekong warga tempatan serta 2 kru warga Myanmar berusia 27 hingga 34 tahun,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, warga Myammar berkenaan tidak mempunyai pengenalan diri, manakala tekong gagal kemuka dokumen kebenaran menggaji warga asing,

“Namun bot tersebut mempunyai dokumen yang lengkap,” jelas beliau.

Beliau berkata, kesemua kru, bot serta peralatan menangkap ikan yang dirampas dibawa ke Jeti Maritim Kuala Kurau bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply