Home SemasaGlobal AS salur bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine bernilai AS$820 juta

AS salur bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine bernilai AS$820 juta

by Air Times News Network

WASHINGTON, 2 Jul – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine bernilai AS$820 juta, pada Jumaat.

Memetik berita Xinhua yang melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan AS berkata, bantuan tersebut merangkumi sistem pertahanan antipesawat dan udara termasuk peluru roket.

Bantuan keselamatan tambahan itu akan disalurkan menerusi 2 fasa.

Setakat ini, AS telah menyalurkan sebanyak AS$6.9 bilion kepada Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas pada 24 Februari lalu.

Manakala sebanyak AS$7.6 bilion juga telah disalurkan sejak pentadbiran Presiden, Joe Biden.

 

 

Related Articles

Leave a Reply