Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Latihan Perang Pangkor, perkasa keupayaan dan kesiagaan aset TLDM

Latihan Perang Pangkor, perkasa keupayaan dan kesiagaan aset TLDM

by Air Times News Network

LUMUT, 22 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meneruskan latihan kesiagaan berkala yang melibatkan aset pertahanan maritim negara menerusi latihan Perang Pangkor siri 24/22 di sekitar perairan Selat Melaka, pada Selasa.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, latihan ini melibatkan Kapal Diraja (KD) SRI INDERA SAKTI dan KD TEGUH SAMUDERA.

“Pelaksanaan latihan ini dilihat sebagai sebuah landasan yang berupaya dan berkesan untuk melatih dan menilai tahap keupayaan aset serta kecekapan warga Navy People di Armada Barat,

“Latihan ini meliputi pelbagai disiplin lapangan antaranya ilmu kelautan, navigasi serta latihan kecemasan semasa beroperasi di laut,” katanya.

Menurut Armada Barat, latihan Perang Pangkor ini juga bertujuan untuk memperagakan kehadiran aset pertahanan TLDM disamping melindungi kepentingan maritim di perairan Selat Melaka.

“Melalui Latihan Perang Pangkor yang dilaksanakan secara berkala, ia diperamati terus memperkasakan kompetensi warga sebagai salah satu langkah persediaan bagi menghadapi eksesais berskala besar pada masa akan datang meliputi eksesais bilateral mahu pun latihan pelbagai hala bersama angkatan tentera laut sahabat,

“Latihan seumpama ini akan terus dipergiatkan pelaksanaan dalam memastikan Armada Barat sentiasa berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi selaras dengan keperluan semasa operasi maritim,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!