Home SemasaGlobal Singapura bina pusat daging ayam biakan sel terbesar Asia

Singapura bina pusat daging ayam biakan sel terbesar Asia

by Air Times News Network

SINGAPURA, 11 Jun – Pusat daging ayam biakan sel terbesar Asia akan mula beroperasi di Singapura mulai tahun hadapan.

Menteri Kelasterian dan Alama Sekitar Cik Grace Fu berkata, prasarana terbesar itu bakal dibuka pada tahun depan serta keluasan tanah hampir 30 ribu kaki persegi.

“Ayam berkenaan merupakan daging daripada sel ayam yang dibiak dalam bioreaktor sama seperti pemprosesan bir. Teknik ini sama sekali tidak melibatkan penyembelihan sebenar,

“Pengoperasian itu akan menempatkan sebanyak 6 ribu liter bioreaktor dan menjadikan penghasilan daging yang yang terbesar setakat ini dan akan menghasilkan puluhan ribu kilogram ayam setiap tahun,

“Sekitar 50 penyelidik, saintis dan jurutera akan bekerjasama di kemudahan itu dan menjadikan kilang Good Meat terbesar sehingga kemudahan kedua di Amerika Syarikat dibina,” jelas beliau.

Menurutnya, pelan makanan baru dan protein alternatif itu mendapat perhatian Singapura sejak beberapa tahun lalu,

“Singapura sedang berusaha menentang kejutan bekalan makanan global dengan menyasarkan bagi mengeluarkan sebanyak 30 peratus makanan tempatan menjelang 2030,

“Pengumuman kemudahan baharu itu bermula seminggu lebih selepas larangan eksport ayam daripada Malaysia yang menyebabkan pembekal dan penjual di sini kekurangan stok daging segar,

“Jumlah besar makanan berasaskan tumbuhan atau kultur sel boleh dihasilkan dengan penggunaan tanah yang lebih rendah, penggunaan tenaga buruh serta minimumkan pelepasan gas rumah hijau,” ujarnya.

Ayam biakan sel merupakan merupakan daging kultur yang dihasilkan dalam makmal dengan menggunakan sel-sel haiwan dan tidak melibatkan penyembelihan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply