TELUK RAMUNIA, 11 Jun – Sebuah bot membawa 8 orang Pendatang Asing Tanpa Izin telah berjaya dipintas oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Kejadian berlaku di perairan Johor, semalam.
TLDM dalam kenyataannya berkata, Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang berlayar pada berkelajuan tinggi dari perairan Batam, Indonesia.
Menurutnya, bot tersebut didapati sedang menuju ke perairan Teluk Ramunia.
Lantaran daripada itu, Area Control Centre (ACC) Johor telah menyalurkan maklumat pencerobohan kepada Kapal Diraja (KD) Gempita untuk tindakan lanjut.
“KD Gempita telah mengaturgerakan FCB 1123 bagi melaksanakan penjejakan dan pemintasan terhadap bot tersebut,
“Bot tersebut berjaya ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika selatan Tanjung Ayam bersama PATI dan telah dibawa ke Jeti Maritim Tanjung Penggelih sebelum diserahkan kepada Tim Operasi Merpati (Op Merpati) bagi tujuan soal siasat dan ujian saringan COVID-19,
“Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 7 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun,” katanya
Dalam pada itu, kesemua PATI yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Johor bagi tujuan tindakan lanjut
“Kerjasama bersepadu serta penyaluran maklumat oleh semua agensi yang terlibat bagi memastikan penceroboh dapat dipatahkan tidak menggira darat mahupun laut,
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” ujarnya. – airtimes.my