Home Pertahanan dan Keselamatan Semak berhampiran sekolah sarang persembunyian awal PATI

Semak berhampiran sekolah sarang persembunyian awal PATI

by Air Times News Network

SELANGOR, 11 Jun – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, Semenyih telah berjaya memberkas sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kuala Langat, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Superintendan Rizal Mohamed berkata, Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa melaksanakan rondaan telah menjumpai seramai 27 PATI sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran sebuah sekolah di Ladang Gadong.

“PATI yang telah ditahan terdiri dari 21 orang lelaki dewasa dan 6 orang perempuan berumur antara 15 hingga 42 tahun,

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta dipercayai memasuki perairan negara menggunakan laluan yang tidak diwartakan,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Langat bagi tindakan lanjut serta kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply